Friday, 25 November 2011

(Video) Hantu di 7 Eleven Paka, Terengganu?



Hantu ke orang ni?? Sekali tengok macam hantu, sekali tengok macam orang.. Korang tengok je la sendiri. Seram jugak tengok video ni.

Menurut maklumat pada video ni, video ni ditangkap di 7 eleven, Paka, Terengganu. Kalau dengar dialek orang yang sembang dalam video ni, memang kompom la video ni ditangkap di Terengganu.

Tentang betul ke tak hantu dalam video ni, korang nilaikan la sendiri. Jom layan.



Wednesday, 23 November 2011

Manusia Berwajah Anjing

Kali ni..aku nak cerita sikit pasal bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kita. Patutnya, bila dah dikurniakan wajah yang lengkap..ada hidung, mata, mulut, telinga, lengkap anggota badan seorang manusia tu..sepatutnya bersyukurlah..ni apeke bodohnye manusia ni nak ubah muka jadi anjing..xpaham aku trend apa dia ni..gila dah kot???




















Setahu aku lah, sel darah manusia xboleh berasimilasi dengan darah anjing. Memang lama2 nanti kena operate balik muka dia yang 'xhensem' tu..sebab daging anjing 2 akan menjadi bangkai dan membusuk..xpasal2, bawak jangkitan kuman sekali. Ni bukan takat yang buat muka anjing ni bodoh, dengan doktor2 yang membedah dia ni sekali pun bodoh. Ni la namanya manusia "anjing".

Berang Tewas Final Sukan Sea Bola Sepak - Penyokong Indonesia Ugut Bunuh Semua Pelajar Malaysia Di Indonesia?



Namun dilaporkan pengguna twitter berkenaan sudah pun memohon maaf di atas keterlanjuran katanya yang dikirimkan kepada beberapa artis Malaysia. Nampaknya penyokong Indonesia perlu muhasabah diri sebagaimana dilakukan oleh seorang warga Indonesia yang meninggalkan ulasan berikut di laman facebook Nobisha :



Nobisha : 

Saya tertarik dengan tulisan seorang warga Indonesia, Arif Bawono Surya dalam "Kompasiana" yang dipetik oleh sahabat saya, Asrul Muzaffar Mohammed

Begini analisis Arif mengenai kekalahan pasukan bola sepak Indonesia: 

Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF. 

Maka begitu berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. 

Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. 

Justeru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. 

Kenapa? 

Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul!


Nampaknya masih ada penyokong Indonesia yang bersikap rasional dalam menilai punca kekalahan mereka.

Selebihnya saya berharap agar keselamatan pelajar Malaysia di Indonesia sentiasa dipantau demi mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku.





Monday, 14 November 2011

Nasi lemak panas


Kali ni aku nak cerita sikit pasal tempat yang aku biasa makan malam2..haaa..kat sini la. Gerai nasi lemak panas di lokasi di seberang jalan raya bersebelahan dengan TESCO Mergong di Alor Setar, Kedah. Kat sini, bagi aku la..makanan dia memang murah dan sedap. Aku biasa makan nasik lemak, taruk ikan bilis dan telur mata je, baru kene RM 2.00. Sedap pulak tuh..hehe..kalau nak makan kt sni hari2 pn xpe (tapi time sengkek je la kan...hehe). Macam member aku, dia makan nasik lemak, taruk ikan bilis, daging, telur rebus separuh baru RM3.00. Kalau hangpa rasa perut hangpa tu macam tong drum, hanpa tambah la nasik sikit, baru kene 50 sen..jimat..Dalam seminggu dua ni, aku dah makan sini tiap2 malam dengan member aku..sapa lagi..dengan Zul Kery dan Jard Gonzalez 2 lah..hehe... 

Gerai BBA sempena karnival keusahawanan KUIN 2010


Assalamualaikum...kali ni aku nak ceritakan serba sedikit tentang hidup aku..tapi first, aku nk fokus pada tempat aku belajar. Ni kalau tak silap aku lah..masa semester 1 tahun 2010, ada la lecturer kami ni yang suruh berniaga di kampus sempena Karnival Keusahawanan tahun 2010. Katenye xpayah buat assignment..just meniaga je dan akan diberi fullmark untuk carrymark (last2 xdapt jugak fullmark..huhu..sedih..)



Yang dua orang ni...aku xtau pasal apa jadi macam nie..hehehe..




Ayam yang dipotong kecil digoreng dengan tepung untuk dibuat Mini Twister (idea Azlan yang xbrapa nk untung.hehe..jgn marah..)




Ni salah seorang dari group aku yang buat bisnes meniaga jagung bakar..laku kot..tiap2 hari habis..hehe..




Spontan di gerai BBA muamalat...sibuk bekerja...




Aku xberapa igt ni kek sapa...ambil komisyen je jual di gerai kami..




Ahli group BBA...




Haha..yang ni kalau xdak gambar dia mmg x sah. Nama abang handsome ni Suhaizat..hehe..Tapi x boleh nk ngorat dah tau, sebabnye dia dah enggage dengan budak kelas aku jugak. (elokla hangpa berdua..hehe..)




Jangan nak buat muka comel sangat lah kan.....hehe..




Lagi posing...aku suruh buat keja..p posing tangkap gambar pulak..=P




Yang baju merah 2 namanya Mus'ab..panggil Mus je. Dia ni member aku, merangkap ketua kelas aku jugak. Bagus orangnye, amanah dalam menjalankan tugas. Yang bebaju kuning 2 pulak Amirul Shahri...paggil Amir Shah je ye..hahaha..




Geng tiga Abdul...a.k.a GG.




Yang berbaju kuning membelakangkan kamera 2 jaga2...bahaya sikit.




Sedang menuangkan majerin ke dalam bekas polisterin untuk disapu pada jagung bakar...




Professor Hilmi a.k.a Moon Cake (ops...silap..Moon Blade) sedang menerangkan khasiat yang ada pada susu pekat manis f&n yang sesuai untuk mereka yang ingin awet muda selalu..




Abang Jard Gonzalez seronok menumpang kasih berniaga jagung..maklumlah..selama ni xpenah lagi kenal jagung bakar..hahaha..




Awek sapa la ni yang kena tinggal sorang2..Ramzie mana??




Persahabatan ukhwah berkongsi rezeki antara adik beradik..




Bergambar bersama rakan2 dan sahabat sekursus...




Yang si apit 2 aku pun x tau pasal apa jadi lagu 2..senak perut kot..kena tumbuk dengan Bob, yang si Jard pulak dok risau jagung 2 hilang..haha..




Cuba cari hantu dalam gambar ni kalau korang pandai.




Yang ni pun pasal apa ntah..aku pun xtau...hehehe...




Yang ini adik sulung Azlan Rahim, suka bergurau sesama adik beradik..xkira tempat..Alhamdulillah..teruskan ye..hehe..




Tutup mulut 2 Hilmi...masuk lalat. Ish3...cekak pinggang je tau..




Yang sebelah kiri baju hijau 2...namanya Silfanah...dari Indonesia..panggil vivi saja yah teman2!




Lagi adik beradik. Hensem la abang berdua ni bergambar sekali..hehe...




Posing muka macam ni macam biasa aku nampak...tapi lupa dah kat mana...haha..




Jagung bakar yang masih panas dan baru siap dimasak..huhu..




Nampak sedap kan?? hehe...




Raja satay..Ahmad Ramzul Khairi...orghang ganung.




Bergambar sat...penat bekerja...




Amir Shah......lagi spontan..




Tiga hari berturut2 kami menjalankan perniagaan dari awal pagi sampailah ke malam. Alhamdulillah, walaupun meletihkan, tapi terasa kepuasan berniaga 2. Ada yang baru pertama kali berniaga, xtau nak buat apa2, kehulu kehilir x tentu arah, ada jugak yang rajin, semua benda dia nak buat, ada jugak yang asyik rilek je kan..hehe..tapi semua 2 lah akan jadi kenang-kenangan seumur hidup aku. Lepas ni ada lagi ke nak merasa berniaga dengan rakan sekelas??

Sunday, 13 November 2011

Berhati-hati di jalan raya



Tinggal lagi seminggu lebih je lagi nak habis final exam...lepas ni berhibernasi la aku kat rumah kampung tu sampai semester depan pulak, maunye bebal otak ni. Kepada sahabat-sahabat rakan seperjuanganku, aku doakan....yang mana nak balik kampung naik kenderaan tu, bawak la slow-slow, jgn bawak ikut suka ja. Nak mencelah sana, mencelah sini (macam member aku naik moto Honda EX5, no plat DBJ), tengok-tengoklah pengguna jalan raya yang lain sama. Sebelum nak gerak tu..pastikan kenderaan anda dalam keadaaan yang baik, p hantar kedai servis, jangan kedekut sangat duit tu, belanja awek boleh pulak, belanja untuk keselamatan tu lagi penting kan dari belanja awek? hehehe..Okey? lagi satu ni aku nak igtkan kalau jumpa atau selisih moto aku, no plat AHH 9700 tu..jgn lupa la hon ye...hehe..wassalam..

Parts yang perlu dibeli untuk convert FZ 150i ke YZF R15

Orait....kali ni..aku nak senaraikan, parts yang perlu untuk convert FZ 150i kepada YZF R15..harap-harap sape-sape yang di luar sana yang ada pasang angan-angan nak pakai set ni..mulalah menabung ye..hehe..



First sekali..dah tentulah front fairing R15..kena buat pemasangan bracket untuk fit fairing.
budget dalam RM 1.6k-2k.




Second, rear coverset R15..tak perlu dimodi. PNP sahaja.

Rear seat handle...


Original R15 handle set.

Termasuk sekali grip dan skrew.

Meter original R15..fit completely in original R15 fairing..

R15 rear tail..

Original R15 footrest..yang ni hanya untuk jenis disc brake dan bukan pump brake.

R15 exaust set assembly..


Berdasarkan survey yang dah aku buat dalam internet...purata kos keseluruhan untuk modi macam ni lebih kurang RM 5k hingga 6k. Tapi kalau dah minat punya pasal, apa pun sanggup ye..hehe. Harga mahal macam ni sebab kena import dari India untuk dibawa masuk ke Malaysia. Nak buat macamana, kalau HLY keluarkan model macam ni di Malaysia, dah tentu kita tak payah susahkan diri nak modi sebijik-sebijik..